Cabul anak saudara, lelaki dipenjara 9 tahun dan 3 sebatan

LAHAD DATU – Mahkamah Sesyen pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan cabul terhadap anak saudaranya sejak mangsa berumur 10 tahun.

Hakim Suhailla Selag ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan tertuduh, 36, menjalani kaunseling selama dua tahun. 

Hukuman penjara juga bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 18 Ogos lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Haja Mohaideen kerana berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.

Terdahulu, polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu menahan tertuduh selepas menerima laporan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul oleh bapa saudaranya sejak berumur 10 tahun dalam kejadian di Lahad Datu.

Kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow