Propaganda palsu dan salah guna AI ancaman kestabilan negara

KOTA KINABALU – Kebimbangan terhadap penularan propaganda palsu, berita fitnah serta salah guna teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilihat boleh mengancam kestabilan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menjelang pilihan raya negeri taktik jahat kumpulan anti-kerajaan yang mahu menjatuhkan maruah serta membinasakan reputasi pemimpin tertentu.

“Terdapat juga perkara lain yang turut disensasikan antaranya berkaitan ekonomi, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

“Selain itu, isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) malah institusi Yang di-Pertua Negeri juga turut dibantai dan diperlekeh,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Konvensyen Du’at di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.

Sementara itu, tambahnya tindakan pihak tertentu yang mempermainkan isu-isu sensitif ini jelas tidak bertanggungjawab, ia juga mampu merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah.

Katanya lagi, insiden tragis seperti kes buli di sekolah sehingga meragut nyawa juga turut disensasikan oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab hingga sanggup berbohong dan menyebarkan maklumat palsu untuk menimbulkan kebencian.

Hajiji turut berkata, letusan pesat teknologi maklumat pada abad ini telah membuka dunia tanpa sempadan mengecilkan dunia menjadi sebuah perkampungan sejagat, di mana segala-galanya berada di hujung jari.

“Cabaran menjadi lebih besar dengan kemunculan teknologi canggih seperti AI yang mampu menghasilkan infografik, audio dan video palsu untuk tujuan manipulasi.

“Penyalahgunaan aplikasi ini adalah cabaran utama yang kita hadapi pada abad ini. Harus diingat bahawa dunia digital termasuk teknologi internet sentiasa berkembang dengan pesat,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa, pendidik, pendakwah, pemimpin organisasi dan tokoh masyarakat agar memainkan peranan penting sebagai pembimbing serta benteng generasi muda dalam menghadapi cabaran dunia digital.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow