3,000 hadir bukti sokongan padu rakyat Bandau pada PKR

KOTA MARUDU – Kehadiran lebih 3,000 orang pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau pada Isnin membuktikan sokongan padu rakyat terhadap parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Majlis berkenaan disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menegaskan bahawa PKR akan terus mengangkat suara rakyat Sabah khususnya masyarakat pedalaman dan luar bandar agar tidak lagi terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim turut menekankan keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Sabah.

Katanya, bagi tahun 2025, peruntukan pembangunan untuk negeri ini meningkat kepada RM6.7 bilion manakala pemberian khas Sabah RM600 juta.

“Selain itu, kerajaan turut meluluskan projek Empangan Ulu Padas bernilai RM4 bilion bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

“Pengurusan kewangan negara yang baik tanpa ketirisan dan rasuah membolehkan kerajaan berjimat dan hasil penjimatan itu kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai bantuan termasuk STR dan SARA,” katanya semasa berucap pada program terbabit.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Kota Marudu merangkap AMK Sabah, Zaidi Jatil menyeru agar rakyat bijak memilih pemimpin untuk lima tahun akan datang.

“Bukan soal parti nasional atau parti lokal, tetapi soal tanggungjawab, keadilan, kejujuran, idealisme serta halatuju yang dibawa oleh pemimpin.

“Parti tidak salah, tetapi memilih pemimpin yang salah adalah kesilapan kita sendiri,” ujarnya.

Naib Ketua Wanita Pusat merangkap Ketua Wanita PKR Sabah, Rufinah Pangeran turut menegaskan agar kerusi Bandau diberi untuk ditandingi PKR berikutan kerja lapangan yang konsisten oleh Zaidi, seorang anak muda yang berpengaruh dan telah lama berkhidmat kepada masyarakat di kawasan ini.

Pengarah Pelancaran Jentera PKR DUN Bandau, Winston@Hassnal Majuning turut senada bahwa kehadiran ramai sebagai sokongan padu pada Zaidi sebagai calon.

“Pelancaran ini turut memperlihatkan kesepaduan jentera parti di semua peringkat Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan yang bertekad menggerakkan strategi kempen secara menyeluruh, teratur dan profesional.

“Dengan semangat perjuangan reformasi, PKR Kota Marudu yakin momentum ini akan membawa gelombang perubahan besar dalam PRN Sabah ke-17.

“Ia sekali gus membuka lembaran baharu politik berteraskan nilai, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat di kawasan Bandau,” tambahnya.

Related Posts

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

SEMPORNA – Sabah Brotherhood Rider Club (SBRC) meredah kira-kira 527 kilometer dengan menunggang motosikal secara konvoi dari Kota Kinabalu bagi menyemarakkan Hari Malaysia sekali gus menyantuni belia menerusi liga futsal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus mempergiat usaha mendidik para pelajar berhubung keselamatan dan perlindungan diri daripada ancaman jenayah menerusi penganjuran sesi pocket talk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak