Hari Keluarga medan rapat hubungan komuniti

KUANTAN – Penganjuran Hari Keluarga adalah antara program yang menjadi pilihan utama bagi merapatkan hubungan dalam komuniti.

Justeru, penduduk dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 1B Inderasempurna, dekat sini, mengatur program berkenaan hujung minggu lalu.

Bertempat di Pantai Lagenda, dekat Pekan, program Hari Keluarga KRT 1B Inderasempurna mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk terbabit.

Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi @ Nas Sayidi Abd Razak yang sempat meluangkan masa menyantuni program itu mengakui ia adalah platform yang tepat dalam mempereratkan hubungan antara penduduk.

“Saya sangat teruja apabila diberi peluang mencuba pelbagai sukan rakyat yang disediakan ahli jawatan kuasa (AJK) program.

“Permainan boling menggunakan buah kelapa antara yang menarik kerana ia menguji kesabaran dan ketepatan kita dalam menjatuhkan barisan botol disediakan pada hujung garisan permainan,” katanya.

Selain pelbagai sukan rakyat dan jamuan makan yang disediakan berkonsepkan ‘potluck’, program itu juga memberi ruang kepada penduduk bersantai sambil mandi di pesisir Pantai Lagenda yang terkenal di Pekan.

Dr Boi Saidi berharap program seumpama itu dapat diadakan secara berkala bagi memantapkan lagi ukhwah dalam kalangan komuniti setempat.

Related Posts

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera