Lebih 500 penduduk Merotai sertai Harapan Rakyat demi perubahan

KALABAKAN – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) merekodkan lebih 500 keahlian baharu di sekitar perkampungan di Merotai sejak awal Ogos ini demi memastikan suara rakyat terus didengari sekali gus membawa perubahan lebih positif terhadap kawasan terbabit. 

Seorang penduduk Kampung Pengkalan Asli, Amis Abdul Mawas berkata, mereka melihat usaha dan komitmen padu Harapan Rakyat dipimpin Presidennya, Tan Sri Liew Yun Fah yang kerap turun padang membantu masyarakat. 

Katanya, perkara itu kemudiannya mendorongnya menyertai Harapan Rakyat selain bersama-sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

“Penduduk melihat belum ada pembangunan memberangsangkan dilakukan di kampung ini walau wujud lebih 90 tahun, namun masih kerap banjir. 

“Ini kampung yang tertua di Merotai tetapi serba ketinggalan, pembangunan ekonomi tertinggal dan tiada ruang serta peluang, ia agak merugikan kami,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kemasukan ke Harapan Rakyat, di Merotai, pada Isnin. 

Sementara itu, Liew melihat pembangunan di Merotai adalah secara perlahan dan ketinggalan berbanding tempat lain walaupun ia antara laluan utama penghubung antara Tawau dengan bakal ibu negara Indonesia yang baharu.

“Bukan saja Kg Pengkalan Asli, saya melihat seluruh Merotai memerlukan perubahan dan naik taraf kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi.

“Ia bagi membolehkan anak Merotai khususnya golongan belia tidak berpindah keluar, sebaliknya menetap dan bersama mengembangkan potensi Merotai.

“Saya amat memahami isi hati dan impian orang kampung dan apa yang lebih terharu, orang kampung di sini meletakkan harapan kepada Parti Harapan Rakyat Sabah untuk melakukan perubahan, membela dan membawa suara mereka.

“Terima kasih kerana sudi menjadi ‘keluarga’ baharu menyertai Harapan Rakyat, sama-sama kita bersatu dalam membawa perubahan lebih baik di Kg Pengkalan Asli kelak,” katanya.

Related Posts

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera