PKR Sabah sedia hadapi PRN, NGO Anak Muda MADANI Kedah cadang dekati belia

KIMANIS – Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim memuji tahap kesiapsiagaan jentera PKR yang disifatkan sebagai cukup bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya kagum dengan semangat kerja jentera di setiap cabang serta terkejut dengan sambutan mesra dan luar biasa daripada semua jawatankuasa cabang.

“Saya mencadangkan agar setiap cabang menubuhkan persatuan seperti Anak Muda MADANI bagi mendekati belia dan menggerakkan aktiviti sihat di kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Lawatan Delegasi NGO Anak Muda MADANI Kedah ke Cabang PKR Sekitar Pantai Barat Sabah dan Pedalaman Bawah, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Cabang Kimanis, Niki Ramday, menyifatkan lawatan berkenaan sebagai simbolik kepada perpaduan dan solidariti dalam kalangan anggota parti.

Jelasnya, inisiatif peribadi Zuraidi bukan sahaja memberi sokongan kepada Cabang Kimanis, malah menyantuni cabang-cabang lain seperti Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Putatan dan Kota Kinabalu.

Pada lawatan tersebut, delegasi turut mengambil kesempatan meninjau persiapan Bilik Gerakan Utama (BGU) bagi DUN Sindumin, DUN Melalap, DUN Petagas dan DUN Api-Api.

Sebagai rekod, PKR Cabang Kimanis menerima kunjungan delegasi seramai 38 orang daripada NGO tersebut.

Turut hadir, barisan exco persatuan serta beberapa Ketua Cabang PKR dari negeri Kedah.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan