Warga asing maut terjatuh ketika baiki tangki air di Putatan

PENAMPANG – Seorang lelaki warga asing berusia 42 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh ketika membaiki tangki air di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Pasir Putih, Putatan, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.35 malam sebelum anggota dikejarkan ke lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja baik pulih tangki air. 

“Pemeriksaan lanjut polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth untuk tujuan bedah siasat. 

“Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, pada Ahad. 

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang imej atau rakaman video mangsa di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa