PRK Nenggiri: Polis Kelantan buka enam kertas siasatan

GUA MUSANG – Polis membuka enam kertas siasatan daripada 18 laporan berhubung kes membabitkan kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 4 (a) (1), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan juga telah dijalankan terhadap satu laporan berhubung satu video yang dimuat naik menerusi akaun laman sosial TikTok.

“Siasatan ini perlu kerana kita tidak boleh bergantung pada TikTok atau YouTube sahaja dan kita akan menghantar audio berkenaan kepada unit forensik untuk disiasat.

“Kita mahu buat siasatan terhadap aduan yang telah dibuat ini dengan adil dan tiada pilih kasih dan semestinya siasatan sehalus-halusnya,” katanya pada media selepas meninjau keadaan di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat bagi tujuan pendakwaan.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, beliau berpuas hati dengan gerak kerja perjalanan kempen PRK.

“Semua parti politik mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula