Spurs tewaskan City di Etihad

PEP Guardiola menegaskan keputusannya menurunkan penjaga gol muda, James Trafford, semalam, adalah berdasarkan kepada prestasi minggu lalu, sambil menepis spekulasi mengenai kemungkinan perpindahan penjaga gol utama, Ederson.

Trafford, 22, menghadiahkan gol kepada Joao Palhinha selepas kesilapan besar dilakukannya, sekali gus membantu Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

“James bermain baik pada perlawanan pertama. Apabila saya membuat keputusan pada awal musim, khusus untuk penjaga gol, ia adalah posisi istimewa kerana memerlukan lebih konsistensi di gawang.

“Tetapi untuk semua pemain, apabila anda bermain satu atau dua perlawanan, orang ramai terus berfikir, okay, inilah barisan utama sekarang.

“Sedangkan saya sudah belajar sejak bertahun-tahun bahawa sepanjang musim, semua pemain akan mendapat peluang bermain,” kata Guardiola.

Ederson dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Turki, Galatasaray, manakala media Britain melaporkan City berminat mendapatkan penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma.

Namun, kekalahan City kepada Spurs bukan hanya berpunca daripada kesilapan di gawang.

Skuad Guardiola yang tewas lapan daripada 15 pertemuan terakhir menentang Tottenham, gagal menyekat serangan balas lawan dan barisan pertahanan mereka dilihat longgar.

“Kami gagal lakukan perkara asas ketika menguasai bola. Dengan kualiti yang ada, kami kehilangan perkara paling mudah dengan bola.

“Mereka menjaringkan gol kedua pada penghujung separuh masa pertama dan ia menyukarkan keadaan.

“Kami ada peluang tetapi tidak bertindak balas dengan baik ketika menguasai perlawanan serta memberi tekanan,” katanya.

Guardiola turut memuji cara Spurs dibentuk di bawah pengurus baharu, Thomas Frank.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang