Kibar Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaaan kepada negara – Lukanisman

BEKENU – Rakyat Malaysia digesa meneruskan pengibaran Jalur Gemilang bukan sahaja menjelang 31 Ogos, malah sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September sebagai tanda kesetiaan dan cinta kepada negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kibaran Jalur Gemilang perlu dijadikan amalan berterusan kerana ia melambangkan penghargaan terhadap pengorbanan pejuang kemerdekaan serta semangat perpaduan yang menjadi asas kejayaan negara.

“Tidak salah untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang pada bila-bila masa, khususnya ketika musim keramaian. Malah, di Sarawak kita bermula sejak 22 Julai dengan pengibaran bendera negeri sebelum diteruskan dengan Jalur Gemilang sehingga 16 September. Ini mencerminkan semangat kenegaraan yang teguh,” katanya ketika merasmikan Program JIWA @ Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 anjuran Komuniti MADANI Warisan Kedayan Tiris di Kampung Kepayang Tiris pada Sabtu.

Menurut beliau, kempen ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ yang digerakkan Jabatan Penerangan Malaysia wajar disambut baik kerana ia bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan, malah mengukuhkan perpaduan rakyat.

“Program komuniti ini bukan sekadar menggalakkan pengibaran bendera, tetapi turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyemai semangat kebersamaan dan cintakan tanah air. Inilah semangat Malaysia MADANI yang ingin kita pupuk dalam kalangan rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan rakyat perlu terus menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi hasil perjuangan generasi terdahulu.

Pesanan Bapa Perpaduan Negara, Allahyarham Tun Hussein Onn, katanya, semangat perpaduan harus dijadikan pedoman kerana tanpa perpaduan, kemerdekaan tidak mungkin dapat dicapai.

Majlis berkenaan berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemesraan dan patriotisme, sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar