Pas jangan jadi pengkhianat, ‘rebranding’ Tabung Haji bukan penggadaian

KERAJAAN menegaskan usaha ‘rebranding’ Lembaga Tabung Haji (TH) yang dilaksanakan bermula tahun depan bukan bermaksud menjual atau menggadaikan institusi itu kepada pihak bukan Islam, sebaliknya kesinambungan langkah pemulihan dan penstrukturan semula yang sudah dimulakan sejak 2018.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, beliau mengambil respons terhadap dakwaan Pas bahawa penjenamaan semula TH adalah usaha menggadaikan kepentingan umat Islam.

Menurutnya, kerosakan dan salah urus TH berlaku sebelum pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0, apabila akaun dimanipulasi dan aset mengalami kerugian berbilion ringgit sehingga hampir menjejaskan wang pendeposit.

“Langkah penyelamatan bermula pada 2018 melalui penstrukturan semula, pembersihan aset dan pembaikan tadbir urus. Tanpa tindakan berani itu, TH mungkin sudah lumpuh.

“Rebranding 2025 adalah kesinambungan usaha itu supaya TH lebih telus, kukuh dan diyakini umat Islam. Ia bukan bermaksud menjual aset atau menggadaikan institusi ini,” katanya.

Mahfuz juga turut menempelak Pas yang disifatkan memainkan isu agama dan menakutkan rakyat dengan fitnah.

“Pas tahu kebenaran, tetapi memilih menipu. Fakta jelas menunjukkan kerajaan negeri ditadbir mereka pernah memberi konsesi balak dan tanah kepada syarikat bukan Islam, termasuk dari luar negara.

“Jika itu tidak dipanggil ‘gadai kepada bukan Islam’, apa lagi? Inilah wajah hipokrasi sebenar mereka,” katanya.

Islam melarang fitnah dan penipuan, namun Pas menjadikannya modal politik.

“Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan Tabung Haji sebagai institusi kebanggaan umat Islam. Rakyat tidak akan lupa siapa yang hampir menggadaikan masa depan pendeposit dengan salah urus, dan siapa pula yang menyelamatkannya,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor