CITRAS 3.0 semarak patriotisme pelajar, angkat warisan budaya Sabah

KOTA KINABALU – Program Citra Seni Sabah (CITRAS) 3.0 kembali menyerikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 dengan mengetengahkan bakat pelajar sekolah rendah serta menengah melalui tarian etnik, persembahan seni dan pertandingan berasaskan warisan budaya.

Inisiatif anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini diadakan selama dua hari bermula 22 hingga 23 Ogos di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Mackey Apison dengan paluan gong sebagai simbolik permulaan acara.

Menurut kenyataan, CITRAS 3.0 bertujuan menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya Sabah.

“Program ini juga menyediakan ruang untuk generasi muda mengekspresikan kreativiti mereka dalam bidang seni, sambil mengekalkan keaslian identiti tempatan.

“Antara pengisian utama termasuk Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah, persembahan khas Citra Merdeka serta sesi penyampaian hadiah.

“Lebih menarik, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM5,000, selain medal dan sijil penghargaan,” kata kenyataan tersebut.

Kategori yang dipertandingkan merangkumi koreografi terbaik, penari lelaki dan perempuan terbaik, busana terbaik, visual terbaik serta muzik terbaik.

Turut diperkenalkan ialah Anugerah Khas CITRAS seperti Guru CITRAS Terbaik dan Anugerah Popular berdasarkan undian dalam talian.

Pihak penganjur menyatakan keyakinan bahawa CITRAS 3.0 mampu menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih luas generasi muda, sekali gus memperkukuh sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah melalui penghayatan seni dan warisan budaya negeri.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China