Jangan biar tulisan jawi jadi khazanah di muzium

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mahu tulisan jawi menjadi khazanah usang terperap di muzium.

Justeru, baginda meminta rakyat Pahang tampil sebagai pelopor dalam menghidupkan semula roh dan penggunaan tulisan jawi.

“Biarlah ia (tulisan jawi) tidak sekadar menjadi khazanah usang yang terperap di muzium tetapi terus berdenyut sebagai nadi kehidupan dari desa terpencil hingga ke kota raya dari urusan pentadbiran hingga ke hamparan maya tanpa batas,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda turut percaya bahawa memelihara tulisan jawi bukan sekadar amanah sekolah atau institusi agama semata-mata tetapi tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat.

“Tulisan jawi adalah nadi dan wajah sebenar identiti bangsa Melayu, andai ia pupus daripada kehidupan kita, maka seakan-akan hilanglah sebahagian daripada roh dan jiwa bangsa ini,” titah baginda.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyediakan antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi