Bersatu ada ‘hak’ bertanding di DUN Nenggiri

PERIKATAN Nasional (PN) disaran memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, susulan parti itu berjaya menawan kawasan terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor ketika dihubungi memaklumkan, tiada masalah bagi pihaknya sekiranya PAS turut mahu mengemukakan nama calon dari parti itu untuk bertanding.

“PAS boleh sahaja menawarkan nama yang mereka fikir sesuai, tiada masalah jika PAS ada calon mereka. Tapi perlu diingat juga kerusi (DUN Nenggiri) adalah untuk Bersatu bertanding.

“Apapun, mana-mana parti komponen di dalam PN yang hendak menawarkan calon mereka, itu adalah hak masing-masing namun pada akhirnya siapakah calon terbaik akan tetap diputuskan oleh pucuk kepimpinan PN,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan calon pilihan, Kamarudin berkata, pihaknya masih membuat penelitian berhubung senarai tiga calon yang sesuai untuk ditampilkan kepada pimpinan tertinggi.

Menurut beliau, pihaknya sendiri akan menyerahkan senarai tiga nama calon Bersatu kepada pimpinan parti selewat- lewatnya pada akhir minggu depan.

“Setakat ini, ketiga-tiga calon terdiri daripada ahli biasa daripada Bersatu Gua Musang. Bagaimanapun, kita masih menerima cadangan daripada peringkat akar umbi sebelum proses pemilihan dibuat.

“Ada calon yang (ditapis) ini berasal dari Nenggiri, ada juga dari luar namun ia masih tetap dalam kawasan daerah Gua Musang. Kita akan tampilan calon yang mampu menang di samping mampu menyampaikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PN masih belum membuat keputusan calon parti mana akan mewakili gabungan itu pada PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos depan.

Beliau berkata, perbincangan lanjut di peringkat pimpinan PN akan diadakan terlebih dahulu, berikutan terdapat permintaan PAS kawasan Gua Musang untuk bertanding di PRK itu.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu akan menghantar calon mewakili PN bagi bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Muhyiddin berkata, keputusan itu telah diputuskan sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Azizi bertanding di bawah tiket PAS mewakili gabungan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Related Posts

Permohonan maaf Nik Zawawi tidak ikhlas – Mahfuz

AMANAH menyifatkan permohonan maaf oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, semalam sebagai tidak ikhlas dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rafizi, Nik Nazmi keluarlah dari PKR secara terhormat

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya berterus terang sekiranya mereka benar-benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang peruntuk RM290 juta ganti 607.3 kilometer paip usang

Pahang peruntuk RM290 juta ganti 607.3 kilometer paip usang

Program Ekonomi MADANI ATM diperluas, RM10 juta manfaatkan 2,235 warga BAKAT di 90 kem

Program Ekonomi MADANI ATM diperluas, RM10 juta manfaatkan 2,235 warga BAKAT di 90 kem

Pendakian Gunung Kinabalu Wira Transplant Malaysia tingkat kesedaran pendermaan organ

Pendakian Gunung Kinabalu Wira Transplant Malaysia tingkat kesedaran pendermaan organ

MBI perhebat operasi bersepadu tangani gelandangan, orang papa

MBI perhebat operasi bersepadu tangani gelandangan, orang papa

RM1.5 juta atasi masalah banjir Jalan Medoi, penduduk tarik nafas lega

RM1.5 juta atasi masalah banjir Jalan Medoi, penduduk tarik nafas lega

Isi petrol dua kali dalam sejam setengah bongkar taktik seludup RON95

Isi petrol dua kali dalam sejam setengah bongkar taktik seludup RON95