Reezal tak jemu berkempen pastikan kemenangan Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merupakan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak jemu-jemu berkempen untuk calon nombor satu dari Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bertam itu tidak keseorangan, bahkan beliau bersama Jentera Perpaduan Kepala Batas berkampung di Sungai Bakap sejak dari hari penamaan calon.

Dengan menggunakan kaedah mendekati pengundi dari rumah ke rumah, beliau bersama jentera giat menyantuni pengundi bagi memberikan sokongan kepada Cikgu Joohari.

“Strategi berkempen dari rumah ke rumah ini dilihat positif dan saya percaya ia memberi kesan yang baik kepada Cikgu Joohari,” katanya.

Dipertanggungjawabkan dengan menjaga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Duri yang menempatkan lebih 5,000 pengundi, Reezal terus menerus berkempen tanpa kenal erti lelah mempromosikan calon Kerajaan Perpaduan.

Walaupun ada juga yang cuba menimbulkan keraguan dengan memfitnah bahawa kononnya Reezal berkempen menghalang ahli UMNO daripada mengundi calon Perpaduan pada 6 Julai nanti, ternyata tohmahan itu hanya dakyah pembangkang semata-mata.

Jika dilihat di laman media sosial beliau di TikTok dan Facebook, jelas Reezal berusaha keras berkempen untuk mempromosikan Cikgu Joohari.

Iltizam beliau menjadi contoh pemimpin yang bekerja keras dengan semangat Perpaduan pada PRK kali ini.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi