Polis Kelantan siap sedia PRK Nenggiri

MACHANG – Polis Kelantan melakukan persiapan teliti bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang pada 17 Ogos nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesiapsiagaan dilakukan untuk mengelak sesuatu boleh menimbulkan permasalahan dalam pilihan raya yang bakal menjadi tumpuan tersebut.

“Kita juga akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bersama Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud dan merujuk kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi memperkemaskan lagi gerak kerja merangkumi aspek keselamatan semasa PRK.

“Selain itu, persiapan pun telah dibuat berdasarkan maklumat diperoleh berkait kawasan di Nenggiri ini, tidak ada perubahan dari segi jumlah pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Kelantan 2024 di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, di sini, pada Selasa.

Sementara itu, PRK terbabit dijangka akan menarik kehadiran ramai kenamaan kerana menjadi satu-satunya kawasan berlangsung PRK ketika itu dan pihaknya pada bila-bila masa akan meminta bantuan keanggotaan dari Bukit Aman yang sudah menyatakan kesediaan membantu.

Bagaimanapun, beliau yakin PRK tersebut akan berlangsung secara aman berdasarkan tahap kematangan yang ditonjolkan oleh pemimpin dan penyokong-penyokong ahli politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Related Posts

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih @HAWANA terus komited menyantuni dan menjaga kebajikan pengamal media, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM729,300 telah disalurkan kepada 845 penerima di seluruh negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R