Ahmad Marzuk digantung dua hari daripada Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari selepas enggan mematuhi arahan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau.

Insiden itu berlaku ketika sesi penggulungan apabila Ahmad Marzuk beberapa kali mencelah ucapan yang disampaikan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Alice sebelum itu telah mengarahkan Ahmad Marzuk supaya keluar dari dewan selama 30 minit, namun beliau terus bercakap meskipun mikrofon telah dimatikan.

“Tadi saya kata 30 minit, tetapi YB masih terus bercakap tanpa kebenaran. Mahu dua hari?” soal Alice Lau yang turut mendapat sokongan daripada beberapa ahli dewan lain.

Susulan itu, beliau membuat keputusan untuk menggantung Ahmad Marzuk selama dua hari, sebelum Ahli Parlimen itu diiring keluar dari Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan tindakan disiplin dikenakan terhadap mana-mana ahli yang ingkar.

Langkah tersebut, menurut Alice, penting bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai