Kementerian Komunikasi sambut baik titah Agong bendung budaya buli

KEMENTERIAN Komunikasi menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan kepentingan membendung budaya buli sejak di bangku sekolah.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, titah baginda merupakan peringatan jelas bahawa gejala buli bukan sahaja merosakkan emosi dan mental mangsa, malah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat serta kasih sayang sesama insan.

Menurut beliau, Kementerian Komunikasi komited mendukung hasrat baginda melalui beberapa langkah strategik.

“Antaranya, melaksanakan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh melalui televisyen, radio, media sosial dan platform digital.

“Selain itu, menggerakkan tindakan susulan rentas kementerian bagi memastikan mesej antibuli sampai kepada murid, pelajar, ibu bapa dan komuniti secara bersepadu.

“Kementerian juga akan memperluas pengarusperdanaan nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam komunikasi strategik kerajaan serta program masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Fahmi menegaskan, usaha itu seiring dengan komitmen Kerajaan MADANI menerusi pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang mencerminkan kesungguhan kerajaan menangani isu buli dengan lebih tegas.

Tambahnya, Kementerian Komunikasi juga akan memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan remaja agar generasi muda menghayati nilai hormat-menghormati serta mengamalkan nilai murni sejak kecil.

Justeru, Fahmi menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti dan media agar berganding bahu membanteras gejala buli demi kesejahteraan masyarakat dan masa depan negara.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat