Bongkar sindiket pemerdagangan manusia, tegakkan keadilan – Jannie

KOTA KINABALU – Keadilan tidak memadai hanya dengan menahan seorang remaja, tetapi mesti ditegakkan melalui usaha membongkar keseluruhan sindiket pemerdagangan manusia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu meneruskan siasatan hingga ke akar umbi dan membawa semua pihak yang terlibat ke muka pengadilan termasuk dalang, pelanggan serta premis yang menjadi saluran eksploitasi.

“Saya amat kesal dan mengecam sekeras-kerasnya kes pemerdagangan manusia yang terbongkar di Keningau baru-baru ini, melibatkan empat remaja perempuan termasuk seorang mangsa bawah umur.

“Perkara ini bukan sahaja satu jenayah besar, tetapi satu pengkhianatan terhadap maruah dan masa depan anak-anak kita,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Jannie turut menyambut baik tindakan pantas polis yang berjaya menyelamatkan mangsa dan membawa mereka ke rumah perlindungan namun menegaskan penyelesaian tidak boleh berhenti di situ.

“Kita tidak boleh hanya melihat seorang remaja berusia 18 tahun sebagai suspek utama tanpa siasatan lebih mendalam.

“Kemungkinan besar dia sendiri adalah mangsa yang telah diperdaya oleh pihak yang lebih berkuasa.

“Persoalan besar yang perlu dijawab ialah siapakah dalang sebenar yang mengawal dan mendapat keuntungan daripada penderitaan anak-anak ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan pelanggan yang membeli seks daripada kanak-kanak perlu dikenakan tindakan tegas kerana mereka juga adalah pelaku rogol statutori.

“Kita memerlukan pendekatan menyeluruh bukan sahaja menghukum pelaku tetapi juga memastikan mangsa diberi perlindungan jangka panjang termasuk rawatan trauma, pendidikan, bimbingan psikologi dan sokongan untuk membina semula kehidupan mereka tanpa stigma,” ujarnya.

Menurutnya, kes itu harus menjadi peringatan bahawa pemerdagangan manusia berlaku di hadapan mata masyarakat dan terus hidup kerana adanya permintaan serta rangkaian pihak yang meraih keuntungan.

“Sebagai seorang ibu, seorang wanita dan seorang wakil rakyat, saya tidak akan berdiam diri terhadap pengkhianatan sebegini,” tegasnya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi