Siasatan kes Zara tidak pernah dimanipulasi, tiada sebarang ‘cover up’

KUALA LUMPUR – Tuduhan mengatakan bahawa kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir cuba ditutup dan dimanipulasi adalah tuduhan sangat berat yang tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, segala tindakan dan siasatan yang diambil berdasarkan fakta, laporan dan permohonan yang sah.

Menurutnya, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover-up sepanjang proses siasatan kes kematian Zara Qairina.

“Dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa. Komitmen kepada keadilan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang.

“Kes ini ialah satu perkara yang sangat berat, sangat serius melibatkan kehilangan nyawa adik Zara Qairina yang berumur 13 tahun.

“Kita mesti lakukan siasatan secara profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut peruntukan lunas undang-undang,” katanya pada sesi penerangan menteri selepas tamat sesi soal jawab di Sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, badan penguatkuasaan tidak ‘menunggang’ kes berkenaan untuk melindungi siapa yang berpangkat, mempunyai gelaran dan kedudukan, sebaliknya fokus kepada mencari kebenaran serta keadilan dalam perkara itu.

“Siasatan polis tidak menemukan semua perkara yang disebut begitu. Tidak ada sama sekali setelah keterangan daripada 195 saksi yang kita ambil, tidak ada sama sekali,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan, guru Bahasa Inggeris yang memuat naik video memaparkan kononnya Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh, mengakui ia hanyalah sekadar ‘content’.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan tindakan seperti itu kerana ia sudah mempengaruhi sebahagian rakyat Malaysia, sedangkan fakta yang dikemukakan adalah palsu.

“Kita tolak jika ada sentimen mainan politik dan spekulasi atau dakwaan jahat. Kita tahan seorang guru yang membuat ‘content’ di TikTok bahawa adik Zara dibunuh dengan cara dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Bila kita soal siasat kenapa buat begitu? Jawabnya ‘saya hendak buat content sahaja. Tetapi ‘content’ itu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar rakyat, di dalam dan luar dewan.

“Dia nak buat content dia kata. Tapi cara dia susun ayat seolah-olah begitulah punca kematian. Di sinilah saya nak sebut, kita tak boleh berdasar kepada sentimen dan emosi. Kita tangkap dan kalau peguam negara bersetuju akan tuduh,” katanya.

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta