Lebih 40 penumpang hilang dalam tragedi bot karam di Nigeria

LAGOS – Lebih 40 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot yang membawa lebih 50 penumpang karam di Negeri Sokoto, barat laut Nigeria, pagi Ahad.

Insiden duka itu disahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) yang memaklumkan hanya kira-kira 10 penumpang berjaya diselamatkan setakat ini.

AFP melaporkan, NEMA berkata, bot berkenaan yang membawa lebih 50 penumpang ke sebuah pasar telah karam pada pagi Ahad.

“Kira-kira 10 orang berjaya diselamatkan, manakala lebih 40 penumpang masih hilang,” kata agensi terbabit.

Tragedi bot karam merupakan kejadian yang sering berlaku di Nigeria khususnya di kawasan laluan air yang padat dan kurang selamat.

Keadaan itu lebih meruncing ketika musim hujan tahunan apabila sungai dan tasik melimpah sehingga menyukarkan operasi bot kecil.

Selain faktor cuaca, kebanyakan bot di negara itu juga berdepan masalah penyelenggaraan yang lemah serta kawalan selia keselamatan yang longgar.

Pada Ogos tahun lalu, sekurang-kurangnya 16 petani maut di Sokoto selepas sebuah perahu kayu karam ketika mereka menyeberangi sungai untuk ke sawah padi.

Sebelum itu, pada 29 Julai, enam kanak-kanak perempuan lemas selepas bot yang membawa mereka pulang dari bekerja di ladang terbalik di Negeri Jigawa.

Tragedi sama turut dilaporkan dua hari sebelumnya apabila sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dalam kemalangan bot di Negeri Niger, kawasan tengah Nigeria.

Pihak berkuasa Nigeria sebelum ini berulang kali memberi amaran mengenai tahap keselamatan laluan air di negara itu yang berisiko tinggi.

Namun, bagi kebanyakan penduduk pedalaman, bot masih menjadi pengangkutan utama kerana ia lebih murah dan satu-satunya akses untuk ke pasar atau kawasan pertanian.

Related Posts

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Nepal beri amaran risiko akibat perubahan iklim makin meningkat

ISLAMABAD – Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, semalam menekankan bahawa risiko semakin meningkat akibat perubahan iklim, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan susulan bencana banjir kilat dahsyat melanda negara Himalaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak