Waytha Moorthy dan P Ramasamy: Pas akan pilih politik atau prinsip?

PAS sebagai parti yang selama ini berpegang kepada prinsip Islam sebagai teras perjuangan, kini dilihat berada di persimpangan.

Kedatangan dua tokoh kontroversial iaitu P Waytha Moorthy bekas pemimpin Hindraf dan P Ramasamy, bekas pemimpin DAP yang lantang mengkritik institusi Islam menimbulkan persoalan besar.

Justeru, adakah Pas masih teguh dengan prinsip atau hanyut dalam gelora politik kuasa?

Selama bertahun-tahun , Pas membina identiti sebagai benteng Islam politik.

Namun, penyertaan tokoh seperti Waytha Moorthy dan Ramasamy ke dalam orbit PN memberi isyarat jelas bahawa prinsip boleh diketepikan jika kuasa menjadi matlamat utama.

Mereka berdua pernah dilabel oleh Pas sendiri dan sekutunya sebagai ‘musuh Islam’, ekstremis, sekular malah ‘penghasut kaum’.

Kini, apabila mereka mula berjinak dengan PN, Pas seakan-akan melupakan semua bentuk kecaman itu.

Apakah ini bukan satu bentuk ‘pelacuran’ prinsip?

Adakah Pas nak tengok begitu sahaja apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput masuk kedua tokoh itu ke dalam PN nanti?

Dengan menyambut individu yang konsisten bersikap keras terhadap institusi Islam dan perundangan syariah, Pas atau PN kini dilihat tidak lebih daripada ‘tong sampah’ dengan mengutip sesiapa sahaja yang ditolak oleh parti lain.

Waytha pernah dikritik keras atas peranannya dalam rusuhan kuil Subang Jaya 2018. Manakala Ramasamy lantang memperlekehkan Mahkamah Syariah dan Perlembagaan berkaitan Islam.

Malah turut melabel Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.

Pas pernah menganggap golongan ini sebagai ‘ekstremis anti-Islam’ . Tapi kini adakah mereka akan disambut dan diraikan atas nama strategik politik?

Rakyat mula bertanya di mana sempadan Pas dalam mempertahankan kesucian Islam selama ini?

Adakah Pas kini sudah tidak relevan lagi kepada Bani Melayu hari ini?

Langkah ini jelas menunjukkan bahawa Pas sanggup menggadai imej dan maruah parti demi mendapatkan undi terutamanya dari kaum India yang selama ini sukar ditembusi.

Jika ada pun hanya bilangan yang kecil sahaja.

Dengan harapan untuk menjayakan formula ‘PN untuk semua kaum’, Pas kini sanggup berkompromi secara terbuka dengan figura politik yang pernah menjadi simbol penentangan terhadap Islam.

Penulis ingin bertanya adakah ini bukti bahawa kuasa politik lebih penting daripada maruah perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini?

Penulis berpendapat tindakan ini juga membuka ruang besar kepada musuh untuk menyerang Pas sebagai parti hipokrit dan tidak berprinsip serta tidak berpijak di bumi nyata.

Realitinya Pas dan PN selama ini pun tidak memiliki kekuatan besar dalam meraih sokongan masyarakat India.

Maka penyertaan tokoh ini dilihat sebagai jalan pintas untuk memecah tembok tersebut.

Namun, adakah pengundi India benar-benar terpengaruh dengan gula-gula mereka menjelang pilihan raya nanti?

Malah, kedua-duanya bukanlah pemimpin akar umbi yang mempunyai sokongan besar dalam komuniti mereka.

Lebih membimbangkan, tindakan ini boleh memecahbelahkan sokongan teras Pas sendiri, terutama dalam kalangan penyokong konservatif yang melihat keputusan ini sebagai pengkhianatan terhadap Islam.

Kedatangan kedua-dua mereka itu ke dalam rangka PN bukan sahaja mencabar ketulenan perjuangan lebai-lebai dalam Pas, malah menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju sebenar parti Islam itu.

Penulis melihat Pas kini berada di tengah-tengah dilema. Mahukan kuasa atau mempertahankan prinsip yang diperjuangkan selama ini?

Seandainya Pas terus membiarkan pintu terbuka kepada sesiapa sahaja demi kepentingan politik, ia bukan sahaja akan kehilangan kepercayaan pengundi Islam tetapi juga dianggap sebagai parti oportunis yang sanggup melacurkan perjuangan demi cita-cita Putrajaya.

Bagaimanapun dengan penghijrahan kedua ahli politik itu bolehlah mereka turut belajar melaungkan ‘takbir’ seperti yang pernah dilaungkan oleh ahli bukan Islam dalam Pas sebelum ini.

Related Posts

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan umat: Antara realiti dan retorik politik

KENYATAAN terbaharu oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengangkat tema ‘Perpaduan Umat Menghadapi Musuh Yang Nyata’ kelihatan penuh semangat dan sarat dengan dalil agama. Namun, di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi