Pejabat baharu AMD bukti syarikat antarabangsa mampu berkembang di P.Pinang

BAYAN LEPAS – Pulau Pinang terus membuktikan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan mampan dan berkembang maju apabila syarikat teknologi terkemuka dunia, Advanced Micro Devices Inc (AMD) merasmikan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu berteknologi tinggi di GBS by The Sea di sini hari ini.

Kemudahan berkeluasan 209,000 kaki persegi itu mampu menampung lebih 1,200 pekerja dan dilengkapi ruang kerja terbuka serta makmal kejuruteraan canggih bagi memacu kemajuan reka bentuk semikonduktor.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian terbaharu AMD itu membuktikan syarikat antarabangsa bukan sahaja mampu bertapak, malah membesar dan berkembang di Pulau Pinang.

“Ketika AMD meraikan lebih lima dekad di Pulau Pinang, ini bukti kekuatan ekosistem pelaburan negeri ini.

“Kerajaan Negeri melalui InvestPenang kekal komited menyokong pelabur berwawasan seperti AMD khususnya dalam teknologi hadapan seperti AI,” katanya.

Sebelum itu, Kon Yeow merasmikan Pejabat dan Makmal Kejuruteraan Baru AMD di GBS by The Sea di sini hari ini.

Tambah beliau, walaupun menjadi negeri kedua terkecil di Malaysia, Pulau Pinang terus membuktikan keupayaannya mencatat pencapaian mengagumkan dalam pembangunan ekonomi negara.

“Berdasarkan rekod tahun 2024, negeri ini berjaya merekodkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM121 bilion iaitu bersamaan 7 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

“Kejayaan itu dipacu oleh dua sektor utama yang digelar ‘Dua Enjin Pertumbuhan’ iaitu sektor perkhidmatan yang menyumbang 48 peratus dan sektor pembuatan sebanyak 46.5 peratus.

“Dengan ekonomi digital dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia menjelang akhir tahun ini, Pulau Pinang berada pada kedudukan strategik untuk terus menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, kemudahan baharu itu mencerminkan kerjasama erat antara Malaysia dengan peneraju teknologi global.

“Daripada pembuatan lima dekad lalu hingga pelaburan bernilai tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu, perjalanan AMD selari dengan kemajuan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor.

“Selaras Rancangan Induk Perindustrian Baharu 2030, Strategi Semikonduktor Negara dan Rancangan Malaysia Ke-13, MIDA berbangga menyokong pertumbuhan strategik AMD di negara ini,” katanya.

AMD mula beroperasi di Pulau Pinang pada 1972 dan kini berkembang menjadi salah satu pusat penyelidikan, pembangunan dan operasi kejuruteraan penting syarikat di rantau ini.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung