Rakyat AS tunjuk perasaan bela Gaza di Ibu Pejabat PBB

RATUSAN penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, semalam bagi membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

Mereka yang membawa bendera Palestin turut memukul periuk dan kuali sebagai simbol protes terhadap tindakan Israel yang didakwa melaksanakan kempen kebuluran di wilayah itu, lapor Anadolu.

Selain itu, penunjuk perasaan turut mengecam pembunuhan wartawan di Gaza, termasuk koresponden Al Jazeera Arabic, Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh, serta tiga lagi petugas media yang maut baru-baru ini.

Antara slogan pada plakad yang dibawa ialah “Stop extermination”, “No Peace On Stolen Land”, “You Cannot Coverup Genocide”, “Israel Is Murdering All The Journalists To Kill The Truth” dan “Bread not bombs, let the children eat!”.

Dalam kejadian itu, Polis Bandar Raya New York dilaporkan menahan beberapa peserta tunjuk perasaan.

Menurut Pejabat Media Gaza, jumlah wartawan yang terkorban sejak tercetusnya perang Israel-Gaza pada akhir 2023 kini meningkat kepada 238 orang.

Related Posts

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony