Saintis jumpa fosil Yeutherium Pressor

SANTIAGO – Saintis menemui fosil mamalia kecil bersaiz tikus di Chile.

Yeutherium Pressor seberat antara 30 dan 40 gram itu hidup ketika zaman Kapur Akhir, kira-kira 74 juta tahun lalu dan ia adalah mamalia terkecil pernah dijumpai di Amerika Selatan sewaktu ia menjadi sebahagian dari daratan benua digelar Gondwana.

Ketua Pasukan Saintis dari University of Chile dan pusat penyelidikan mamalia awal, Hans Puschel berkata, fosil itu terdiri daripada serpihan kecil rahang dan geraham.

Penemuan di Lembah Rio de las Las Chinas, wilayah Magallanes itu diterbitkan baru-baru ini menerusi jurnal saintifik Britain ‘Proceedings of the Royal Society B’.

Meskipun ia mempunyai persamaan dengan tikus kecil, Yeutherium Pressor ialah spesies mamalia bertelur seperti platypus dan membawa anaknya dalam kantung seperti kanggaru.

Bentuk giginya menunjukkan ia adalah haiwan pemakan sayur-sayuran bertekstur agak keras dan dipercayai pupus kira-kira 66 juta tahun lalu.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data