Beri ruang pada PDRM laksana siasatan kematian Zara Qairina secara holistik

PUTRAJAYA – Semua pihak diseru agar memberi ruang kepada pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terperinci dan telus berhubung kematian pelajar tingakatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Mohd Azizee Hasan berkata, segala dakwaan perlu dihentikan agar tidak mengganggu proses yang sedang dilaksana pihak berwajib.

Katanya, pihaknya mengikuti rapat kes berkenaan dan tuduhan yang dibuat dilihat juga berpotensi mencemarkan imej serta maruah mangsa serta keluarganya.

“Pihak Kongres menasihati semua pihak, khususnya warganet supaya berhenti mencetuskan pelbagai teori dan menyebarkan spekulasi tidak berasas berkaitan kematian pelajar berusia 13 tahun itu melalui media sosial.

“Semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada proses terbabit dan tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan dan polemik,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Azizee memaklumkan, pihaknya menyokong proses menegakkan keadilan kepada keluarga mangsa dan berharap ia ditangani dengan sebaik-baiknya.

“KONGRES juga menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan kematian Zara Qairina supaya tidak mengganggu proses siasatan.

“Ia juga bagi memastikan emosi guru, murid-murid dan warga sekolah dalam keadaan baik dan sejahtera,” katanya.

Katanya, Kongres bersama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menolak segala bentuk perlakuan buli di sekolah dan tidak berkompromi terhadap perbuatan itu.

“Kita menggesa siasatan adil dan saksama buat keluarga mangsa. Pada masa sama, kami menyeru semua pihak supaya menangani isu itu dengan waras dan rasional tanpa dipenuhi dengan sentimen serta emosi.

“Kami yakin negara ini adalah negara yang mengikut hukum yang berdiri atas prinsip Rukun Negara iaitu keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga.

Pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama jam 4 pagi pada 16 Julai lalu.

Zara Qairina kemudian disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Kelmarin, penggalian semula kubur Zara mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan