Al-Sultan Abdullah titah masjid, surau buat solat hajat khas untuk Zara Qairina

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melaksanakan solat hajat khas.

Solat hajat itu bertujuan memohon kepada Allah supaya segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.

“Paduka Baginda turut menyampaikan doa supaya ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” kata satu hantaran di laman rasmi Kesultanan Pahang, malam ini.

Terdahulu, proses bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina selesai dilaksanakan malam ini.

Peguam mewakili keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri dilaporkan berkata, jenazah akan dibawa balik ke Sipitang malam ini juga bagi dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak