Perisai Komuniti milik Palace lepas tewaskan Liverpool

CRYSTAL Palace mencetuskan sensasi apabila menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 3-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 2-2 dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

Penjaga gol Dean Henderson muncul wira The Eagles apabila menyelamatkan sepakan Alexis Mac Allister dan Harvey Elliott, manakala Mohamed Salah pula tersasar, sebelum pemain muda yang baru dimasukkan, Justin Devenny menyempurnakan penalti kemenangan.

Liverpool membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi Hugo Ekitike sebelum Jean-Philippe Mateta menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-17.

Jeremie Frimpong mengembalikan kelebihan The Reds pada minit ke-23, namun Ismaila Sarr menyamakan kedudukan pada minit ke-68 untuk skuad bimbingan Oliver Glasner.

Kejayaan ini bermakna Palace – yang menjulang Piala FA tiga bulan lalu – kini mengutip dua trofi di Wembley dalam tempoh singkat, sekali gus menjadi kelab pertama memenangi Perisai Komuniti pada penampilan sulung sejak Derby County pada 1975.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Arne Slot, memberi pujian kepada barisan serangan baharu The Reds, namun kecewa terhadap kelemahan benteng pertahanan pasukannya.

“Perasaan saya bercampur baur. Dari segi permainan menyerang menentang Crystal Palace kelihatan lebih baik berbanding musim lalu.

“Namun kami bolos dua gol, jadi kami perlu lebih perkukuhkan bahagian pertahanan,” katanya.

Dua muka baharu The Reds, Ekitike dan Frimpong, menjadi tumpuan di Wembley apabila mempamerkan aksi meyakinkan, termasuk mencetak gol.

Related Posts

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

MANCHESTER United meraih kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri musim ini ketika kelab itu semakin hampir mengesahkan Michael Carrick sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

GOL tunggal Antoine Semenyo sudah memadai bagi Manchester City untuk menewaskan Chelsea dan merangkul gelaran juara Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi. Dia memanfaatkan hantaran lintang Erling Haaland…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI