JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi program MyLesen

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan program MyLesen B2 dalam kalangan pelajar sekolah berusia 16 tahun ke atas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya tidak menafikan tindakan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen masih berleluasa.

“JPJ dan Kementerian Pendidikan dalam penelitian untuk memperluaskan MyLesen B2 ini ke peringkat sekolah tahun depan. Melalui maklum balas yang kita terima daripada pihak sekolah memang banyak anak-anak yang pergi ke sekolah menunggang motosikal tanpa lesen.

“Saya tahu ibu bapa ada kekangan tetapi ini adalah satu tindakan yang tidak mengikut peraturan jika terjadi sesuatu, kesalahan itu akan kembali kepada mereka.

“Jadi ini satu alasan kita ingin memperluaskan program ini ke sekolah dan tahun depan kita sasarkan untuk buka lebih banyak tempat kepada pelajar sekolah terutama yang tidak berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu (Program MyLesen B2 Peringkat Kedah di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Kedah di sini.

Sebanyak 1,200 peserta di Kedah menyertai program tersebut untuk fasa pertama 2025 ini memperoleh lesen motosikal B2 masing-masing.

Sehubungan itu, kata Aedy Fadly, pihaknya berharap kerajaan akan menambah kuota program tersebut pada tahun depan ekoran sambutan yang sangat menggalakkan ketika ini.

“Program ini mendapat sambutan tinggi di seluruh negara. Contohnya di Kedah sahaja, hampir 6,000 permohonan diterima, sedangkan kuota hanya 1,200 peserta. Untuk fasa dua ini, kita tambah 650 lagi peserta.

“Kalau kita ada kuota yang lebih, kita dapat bantu lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk pelajar sekolah, untuk mendapatkan lesen motosikal ini secara percuma,” katanya.

Katanya, bagi tahun ini sebanyak 15,000 peserta MyLesen B2 untuk fasa pertama berjaya memperoleh lesen masing-masing.

“Sementara bagi fasa kedua yang melibatkan kuota tambahan 10,000 permohonan akan dibuka selepas Oktober nanti yang sudah diagihkan kepada JPJ setiap negeri,” katanya.

Related Posts

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

KANOWIT – Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir menjelang musim perayaan diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 yang meraikan 100 penerima pada Selasa. Inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

LIMBANG – Keprihatinan kerajaan terhadap mangsa musibah diterjemahkan menerusi penyaluran peruntukan RM3.018 juta bagi membina semula kediaman di Rumah Panjang Rantau Kiran yang musnah dalam kebakaran pada 25 Januari 2023.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

  • By Ynom
  • May 26, 2026
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya