Ini macam bercakap dengan syaitan – Ku Li

GUA MUSANG – Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membidas pemimpin-pemimpin Pas yang menafikan Kerajaan Negeri Kelantan pernah sama ada menggadai dan menjual ratusan ribu ekar tanah negeri ini kepada syarikat luar.

Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata, kenyataan pemimpin Pas sebelum ini yang mengatakan ratusan ribu ekar tanah di Kelantan telah dimajukan oleh kerajaan negeri sedangkan dalam masa sama tanah-tanah tersebut dalam status gadaian dan milik kepada syarikat dari Singapura.

“Ini macam bercakap dengan syaitanlah. Macam mana dia (Pas) boleh nafi ratusan ribu rakyat berhijrah milik tanah sesudah memajukan tanah yang telah digadai oleh mereka, dan mereka ini tinggal di sana.

“70,000 lebih sebagai peneroka, dua skim – satu yang diusahakan oleh kerajaan negeri atas nama Kesedar dan satu lagi bawah kerajaan pusat atas nama Felda.

“Dan ribu-ribu kita telah pindah rakyat berdasarkan kepada senarai yang diterima dari Pejabat Perdana Menteri iaitu pemohon-pemohon dari Kelantan yang ingin menyertai Felda dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain berdasarkan maklumat yang diperolehi,” katanya menjawab soalan moderator pada majlis pelancaran buku Ku Li: Memoir 205 di Bandar Gua Musang hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ku Li menegaskan usaha pihaknya menebus sebanyak 350,000 ekar tanah yang digadai oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada syarikat dari Singapura bertujuan untuk membangunkan negeri ini selain memberi peluang yang baik kepada rakyat Kelantan.

“Saya bercakap dengan Tun Razak, saya kata ini 350,000 ekar milik orang yang saya kena tebus dekat rakyat Kelantan.

“Sesudah tebus, saya kena majukan. Sebelum dapat dimajukan saya kena bina infrastruktur, jalan raya untuk bawa segala kelengkapan.

“Tun Razak benarkan saya guna aset ketenteraan, dan saya guna berpuluh helikopter tentera untuk bawa mesin ke kawasan yang dikenal pasti berpotensi (dimajukan),” katanya kepada hadirin.

Ku Li sebelum ini mendedahkan UMNO pada 1978 yang berjaya memperoleh semula tanah berkelulusan 350,000 ekar yang dijual oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya pada tahun itu, kerajaan negeri dipimpin UMNO menubuhkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk membantu penduduk setempat.

“Kita runding siang dan malam sehingga dapat balik tanah ini… bermula dengan itu, kita tubuh Kesedar dan kita bawa Felda ke Kelantan,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak