Tubuh pusat Islam serba guna elak ajaran terpesong

JOHOR BAHRU – Sebuah bangunan lama digunakan sebagai pusat perlindungan wanita sebelum ini akan dimanfaatkan semula untuk dijadikan pusat penyebaran dakwah Islam dalam usaha membanteras isu penyelewengan akidah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bangunan milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu sudah tidak lagi digunakan sejak kira-kira tiga tahun ini menyebabkan pihaknya terpanggil untuk menghidupkan kembali kawasan berkenaan.

“Pusat ini pernah beroperasi sebagai tempat perlindungan wanita sehinggalah musim Covid-19 melanda. Malah, dewan besarnya juga sering disewakan kepada orang awam untuk majlis seperti kenduri kahwin.

“Kemudian, ia juga pernah digunakan sebagai pusat gelandangan namun dalam tempoh sementara sahaja sebelum ia kembali sepi setelah tidak beroperasi.

“Menjelang tahun 2025, kita jangkakan bangunan sudah mampu berfungsi sepenuhnya dan akan digunakan semula untuk aktiviti berkonsep Islamik terutama berkaitan penyebaran dakwah yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian di laman Facebooknya selepas membuat lawatan di bangunan berkenaan yang terletak Taman Perling, di sini, semalam.

Menurut beliau, ia akan dinaik taraf kepada Pusat Latihan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan Jabatan Mufti Johor.

“Tujuannya untuk dijadikan sebagai pusat penyuburan pendakwah serta pengkaderan ulama muda Johor dalam memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya’irah Maturidiyah di bumi Darul Ta’zim ini terus diperkasakan.

“Bagaimanapun, dalam tempoh sementara, kami berhasrat menjadikan bangunan ini sebagai pusat sementara yang menempatkan kumpulan gelandangan di sekitar Johor Bahru.

“Perkara itu nanti akan diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail,” katanya.

Mohd Fared berkata, hasil tinjauannya di lokasi berkenaan mendapati, keadaan bangunan itu masih selamat dan sesuai untuk digunakan dalam tempoh sementara.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa mencari kaedah terbaik dalam memastikan setiap usaha Kerajaan Johor yang bertujuan demi keprihatinan rakyat akan sentiasa dimanfaatkan sepenuhnya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan