Suhakam gesa hentikan usir komuniti Bajau Laut di Semporna

SEMPORNA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa penggantungan segera semua operasi dan aktiviti pengusiran komuniti Bajau Laut di daerah ini.

Menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook Suhakam, hasil dapatan selama dua hari misi ke Semporna, mendapati proses pengusiran dan penempatan semula telah dijalankan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan tanpa proses rundingan yang mencukupi.

“Pengusiran yang telah dilakukan tanpa sesi dialog atau penglibatan yang sewajarnya dengan komuniti yang terlibat telah menjejaskan hak asasi manusia kepada hak perumahan yang mencukupi, mengganggu sumber mata pencarian dan menafikan hak untuk membuat keputusan dalam kehidupan mereka.

“Oleh yang demikian, Suhakam menyokong penubuhan jawatankuasa khas terdiri daripada wakil masyarakat, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan.

“Jawatankuasa ini harus dipertanggungjawabkan untuk merangka penyelesaian jangka panjang yang adil dan mampan serta menghormati hak dan mata pencarian masyarakat yang terjejas di samping memperkasa keperluan lain dengan lebih meluas

“Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan denga segera dan Suhakam sentiasa bersedia untuk terlibat secara aktif dalam usaha ini,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas tindakan tersebut, bukan sahaja akan mengabaikan suara mereka tetapi juga melanggar prinsip asas ketelusan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan hak orang asal.

Katanya, komuniti Bajau Laut majoriti tinggal di laut yang tradisinya mereka membina rumah di atas air serta budaya dan mata pencarian mereka sememangnya terikat dengan akitiviti di sekitar laut.

Tegas Suhakam, pihak berkuasa yang bertanggungjawab tentang perjanjian Deklarasi Hak Orang Asli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) termasuk Malaysia sendiri telah mengundi untuk menyokong semasa Majlis Hak Asasi Manusia dan Perhimpunan Agung PBB tanpa reservasi.

“Suhakam kekal komited untuk menyokong resolusi yang bukan sahaja menegakkan hak asasi manusia Bajau Laut dan komuniti lain yang terjejas di Malaysia, tetapi juga memastikan bahawa tindakan masa hadapan di rantau ini harus berpandukan prinsip keadilan, penghormatan dan keterangkuman,” jelas kenyataan itu lagi.

Related Posts

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

KINABATANGAN – Legasi perjuangan Allahyarham Bung Moktar Radin diharap dapat diteruskan oleh calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim, yang juga merupakan anak Allahyarham, serta calon DUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

KANGAR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid terus dilihat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 di negeri ini. Seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

  • By Fandi
  • January 14, 2026
Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

  • By Fatin
  • January 13, 2026
Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi