Burung kakak tua bongkar sindiket dadah dalam penjara

LONDON – Siapa sangka, suara seekor burung kakak tua akhirnya menjadi senjata rahsia pihak berkuasa dalam menumpaskan geng dadah yang menjalankan operasi dari balik tirai besi.

Burung eksotik bernama Mango milik teman wanita ketua sindiket bukan sahaja tahu bercakap, malah menghafal kod urus niaga dadah iaitu “two for 25”.

Kod ringkas itulah yang akhirnya membuka jalan kepada siasatan besar-besaran polis Lancashire, sekali gus membawa kepada kejatuhan geng dadah diketuai Adam Garnett, 35, yang kini dihukum penjara bersama 14 anggota lain, dengan jumlah keseluruhan lebih 103 tahun penjara.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa Lancashire pada Isnin, geng itu beroperasi di Blackpool, England antara Februari 2023 dan Julai 2024.

“Kegiatan mereka terbongkar ketika pemeriksaan sel penjara di mana beberapa telefon bimbit dan penghala Wi-Fi ditemui dalam milikan Garnett,” ujar jurucakap polis.

Siasatan lanjut membawa kepada serbuan yang dilakukan ke atas kediaman tiga anggota geng jenayah tersebut.

Ketika operasi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin, kokain, ketamine dan ganja serta sejumlah wang tunai.

“Beberapa video yang terdapat dalam telefon bimbit salah seorang tertuduh (teman wanita Garnett) juga menunjukkan bagaimana ia mengajar burung kakak tua peliharaannya digelar Mango menyebut ‘two for 25’ merujuk kepada kod urus niaga dadah sindiket tersebut,” jelasnya lagi

Klip memaparkan gelagat Mango turut dikongsi Polis Blackpool di media sosial dengan kapsyen, “apa perkara paling berbakat haiwan peliharaan anda mampu lakukan? Memahami arahan untuk duduk? Bagaimana jika ia boleh bercakap?”

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan