Bapa kejam hukum anak minum air tandas selepas isteri tak angkat panggilan

DEMAK, INDONESIA – Akibat berang dengan tindakan isteri yang tidak menjawab panggilan telefon, seorang lelaki tergamak memaksa anak perempuannya yang berusia 5 tahun minum air dari mangkuk tandas serta air basuhan kakinya.

Lebih menjijikkan, suspek yang dikenali sebagai ENC, 31, turut merakam aksi kejam itu menggunakan telefon bimbit sebelum menghantar video tersebut kepada isterinya, LS, melalui WhatsApp sebagai bentuk ugutan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Selasa lalu ketika ENC membawa anaknya bermalam di sebuah masjid di Mlongo, Jepara selepas singgah di rumah saudaranya.

Rakaman berdurasi beberapa minit yang kemudiannya tular di media sosial memperlihatkan mangsa dipukul sebelum disuruh meneguk air dari mangkuk tandas menggunakan gelas.

Tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam yang dilakukan oleh bapanya itu mengakibatkan anak kecil terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Demak, AKP Kuseni berkata, suspek ditahan di Jepara pada hari sama kejadian dilaporkan selain ujian awal mendapati suspek dalam keadaan sedar serta tidak dipengaruhi dadah atau alkohol.

“Suspek berhenti di tepi jalan, marah kerana isterinya tidak menjawab panggilan. Dia kemudian memukul anaknya, merakam kejadian dan menghantarnya kepada isterinya sebagai ugutan.

“Dalam video itu, ENC turut dilihat mencedok air tandas lalu memaksa anaknya meminumnya,” katanya.

Polis turut merampas gelas yang digunakan serta telefon yang mengandungi rakaman kejadian kejam itu. Mangsa telah menjalani pemeriksaan perubatan dan psikologi sejurus selepas insiden.

Sementara itu, LS menyifatkan ENC sebagai lelaki panas baran, cemburu melampau dan bersikap mengongkong. Mereka turut mempunyai seorang lagi anak yang masih bayi.

Kes disiasat di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda maksimum 72 juta rupiah (RM18,816).

Related Posts

Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

KAZAN – Malaysia menyambut positif memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, dengan harapan ia dapat membuka lembaran baharu ke arah keamanan dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin