Jangan bercakap soal maruah, kalau masih menumpang dapur orang – Suhaimi

KOTA KINABALU – “Jangan bercakap soal maruah, kalau masih menumpang dapur orang” kata Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

Sindiran itu ditujukan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang perlu muhasabah dan cermin diri serta jangan bicara soal prinsip kalau keputusan berubah mengikut angin.

Jelasnya, GRS tidak lagi mampu menyembunyikan realiti, mereka tidak yakin dengan kekuatan sendiri.

“Ia hanyalah gabungan tanpa prinsip, tanpa keikhlasan dan penuh kepentingan diri,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Suhaimi turut menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen yang baru-baru ini mempertikaikan pendirian UMNO sambil menegaskan bahawa pendapat beliau tidak diperlukan.

Katanya, PBS pernah berada dalam BN dari 1990 hingga 2008, selepas itu keluar masuk sesuka hati, seperti parti bermusim yang hanya setia apabila menguntungkan.

“Inikah parti yang mahu mencabar kesetiaan dan prinsip UMNO-BN? Parti yang rekodnya sendiri penuh dengan sejarah lompat, lari dan kembali seperti tiada harga diri?

“Jangan ajar harimau cara mengaum, terutama jika selama ini hanya tahu menyalak di belakang pagar,” katanya menjawab kenyataan Arthur yang mempertikaikan pendirian UMNO.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah wajar dipandang sebagai tindakan berani dan mencerminkan hala tuju politik yang matang serta konsisten.

“Warisan memilih untuk bertarung dengan kekuatan sendiri bukan berpaut pada pakatan longgar atau rundingan pintu belakang.

“Sebaliknya, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus menunjukkan watak politik yang rapuh dan tidak menentu.

“Hari ini bertanding solo, esok merayu kerjasama, lusa mencari gabungan baharu.

“Cogan kata mereka ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ hanya tinggal slogan, kerana yang berlaku hanyalah percaturan demi kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa UMNO-BN Libaran akan bertanding di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Libaran iaitu DUN Gum-Gum, DUN Sungai Manila dan DUN Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 nanti.

“Kami akan turun sebagai calon Barisan Nasional, membawa suara rakyat dan meneruskan perjuangan demi kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk Libaran dan Sabah,” katanya.

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti