Puteri UMNO Sabah kutuk cubaan ganggu siasatan kes buli Zara Qairina

KOTA KINABALU – Puteri UMNO Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk menutup, melengahkan atau mengganggu siasatan berhubung kes buli terhadap arwah Zara Qairina Mahathir yang mencuri perhatian seluruh negara.

Ketua Puteri UMNO Sabah menerusi kenyataan di Facebook rasmi itu berkata, pihaknya menzahirkan rasa dukacita mendalam terhadap insiden yang disifatkan sebagai menyayat hati dan menuntut ketegasan semua pihak agar keadilan ditegakkan tanpa kompromi.

“Mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau melindungi pelaku harus dipertanggungjawabkan. Siasatan mesti dijalankan secara bebas, telus dan menyeluruh.

“Semua individu yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa mengira kedudukan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Puteri UMNO Sabah turut berkata keadilan kepada mangsa perlu menjadi keutamaan berbanding kepentingan individu atau institusi tertentu serta menyeru pihak berkuasa menunjukkan komitmen serius menangani isu buli di sekolah dan institusi pendidikan.

“Puteri UMNO Sabah berdiri teguh bersama suara rakyat Malaysia menuntut keadilan buat adik Zara dan keluarganya. Jangan lindungi pelaku, lindungilah mangsa.

“Biarlah insiden ini menjadi titik perubahan dalam cara menangani isu buli secara lebih berkesan dan bermaruah. 

“#JusticeForZara bukan sekadar tanda pagar, ia adalah desakan rakyat yang tidak boleh didiamkan,” ujar kenyataan sama. 

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi