Polis tembak mati ketua geng penyamun

SEORANG penjenayah disyaki ketua geng samun rumah dan pusat perniagaan ditembak mati dalam Ops Api KL 3/2025 di Jalan Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu mempunyai 44 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, jenayah kekerasan, dadah dan pecah rumah.

“Suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta BMW dipandunya bagi tujuan pemeriksaan.

“Suspek turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri,” katanya.

Fadil berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek memandu kenderaan BMW menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Semakan lanjut mendapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan dan kenderaan itu dipercayai diseludup masuk dari luar negara.

“Hasil pemeriksaan, kita turut merampas vest polis, sepucuk pistol jenis revolver yang dipercayai digunakan oleh penjenayah, serta beberapa peralatan pecah rumah dan dadah,” katanya lagi seperti dipetik dari Sinar Harian.

Fadil berkata, kumpulan itu dipercayai aktif dalam kegiatan jenayah pecah rumah serta samun sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak melibatkan kerugian lebih RM1 juta.

“Kumpulan penjenayah terdiri daripada belasan individu itu menyasarkan kediaman persendirian atau rumah mempunyai peti keselamatan, sebelum melarikan ‘gold bar’ dan wang tunai, selain dipercayai menyamar sebagai polis.

“Kita percaya kumpulan itu juga terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan usaha memburu dan mengesan saki-baki ahli geng ini sedang dilakukan,” katanya.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati