SPRM kekal sebagai sekretariat NACS, tidak timbul isu konflik kepentingan – Azalina

KERAJAAN tidak melihat keperluan untuk memisahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tugasnya sebagai sekretariat kepada Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) kerana tiada isu konflik kepentingan yang berbangkit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelaksanaan NACS merupakan suatu inisiatif nasional yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak dan komitmen kolektif semua agensi dalam usaha memerangi jenayah rasuah secara menyeluruh di negara ini.

“Peranan pemantauan yang dilaksanakan oleh SPRM tidak menimbulkan sebarang isu konflik kepentingan memandangkan NACS adalah inisiatif nasional yang membabitkan pelbagai pihak.

“Ia juga memerlukan komitmen kolektif semua agensi dalam usaha memerangi jenayah rasuah secara menyeluruh di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan William Leong Jee Keen (PH–Selayang) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang untuk memisahkan tugas SPRM sebagai sekretariat NACS, memandangkan agensi itu juga merupakan pelaksana dan penilai strategi, sekali gus boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Menurut Azalina, walaupun kerajaan tidak melihat keperluan untuk pemisahan tersebut pada masa ini, kerajaan tetap bersikap terbuka terhadap sebarang cadangan penambahbaikan, selaras dengan semangat dan aspirasi reformasi institusi.

“Bagaimanapun, kerajaan sentiasa terbuka akan sebarang cadangan penambahbaikan selaras dengan semangat dan aspirasi reformasi institusi, di mana sebarang cadangan akan diperhalusi dengan lebih lanjut bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.

NACS yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mei 2024 menekankan pendekatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat, dengan memberi tumpuan kepada strategi utama seperti pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif. Keseluruhannya, strategi ini didukung oleh 60 substrategi yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi peneraju.

Mengulas lanjut, Azalina menjelaskan bahawa SPRM bertanggungjawab untuk membincangkan, membantu dan menyelaras pelaksanaan substrategi yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi-agensi peneraju.

“SPRM dipertanggungjawabkan untuk membincang, membantu dan menyelaras pelaksanaan substrategi yang dipertanggungjawabkan kepada agensi peneraju melalui Mesyuarat Penyelarasan Prestasi yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak dua kali setahun.

“Pencapaian NACS ini juga akan dibentangkan secara berkala dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar