Demi ASEAN, Malaysia-Filipina perkukuh kerjasama strategik

PUTRAJAYA – Malaysia dan Filipina komited untuk bersama-sama memperkukuh kerjasama strategik demi menjamin masa depan ASEAN yang lebih aman dan bersatu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Perdana Menteri berkata, komitmen itu antara aspek disentuh dalam perbualan telefon beliau dengan Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr.

“Perbincangan turut menyentuh aspek keamanan dan keharmonian di perairan antarabangsa serta sempadan, yang menjadi keutamaan bersama demi kestabilan serantau,” katanya.

Anwar berkata, beliau turut berkongsi perkembangan positif rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja, yang dijangka dimuktamad pada Khamis ini melalui kesepakatan Menteri Pertahanan kedua-dua negara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Luar Biasa di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, perkembangan itu menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam menjayakan aspirasi ASEAN sebagai rantau yang damai, stabil dan makmur.

Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Natthaphon Narkphanit, Panglima Angkatan Tentera serta wakil kerajaan kedua-dua negara dijangka menyertai mesyuarat GBC itu.

Terdahulu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 28 Julai lalu menerusi mesyuarat khas dipengerusikan Anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Related Posts

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JOHOR BAHRU – Keretakan dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin jelas apabila calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Dr A Arvind daripada Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), hanya diiringi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang membolehkan penjawat awam bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari secara fleksibel mulai 1 Ogos 2026 merupakan satu langkah transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak