MCMC siasat kandungan video tular pempengaruh perlekeh gelandangan

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap satu video tular yang memaparkan sekumpulan individu, dipercayai pempengaruh media sosial, memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Menurut kenyataan rasmi MCMC, tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang merendahkan maruah individu hanya demi hiburan atau tontonan awam dianggap sebagai suatu perkara yang serius serta tidak beretika.

“Penyebaran kandungan yang menghina golongan terpinggir bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya yang tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” kata kenyataan itu.

Video yang mencetuskan kemarahan orang ramai sejak semalam dipercayai menunjukkan beberapa pempengaruh memberikan tulang ayam dan sisa makanan kepada seorang gelandangan sebagai sebahagian daripada kandungan untuk platform media sosial mereka.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tampil membuat permohonan maaf, dan menjelaskan bahawa gelandangan berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu dan bersetuju untuk terlibat dalam penghasilan video tersebut. Menurut mereka, lelaki itu dimaklumkan bahawa hanya nasi dan tulang ayam akan diberikan bagi tujuan rakaman.

Dalam satu penjelasan menerusi video berasingan, seorang pengguna media sosial dengan nama akaun Instagram @aluk_77 menyatakan bahawa gelandangan terbabit sebenarnya turut menerima dua ketul ayam goreng, bukan hanya tulang ayam seperti yang didakwa.

MCMC memaklumkan siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, MCMC ingin memastikan bahawa ruang siber tidak disalah guna dan terus menjadi medan yang mematuhi undang-undang serta menjunjung nilai kemasyarakatan.

“Orang ramai diingatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kandungan bersifat provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos