Perolehan pesawat Boeing tingkat keupayaan MAG – Tengku Zafrul

PEROLEHAN pesawat Boeing oleh Kumpulan Penerbangan Malaysia (Malaysia Aviation Group, MAG) merupakan sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada syarikat itu secara berfasa dan untuk jangka masa panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, pembelian pesawat berkenaan bukan keputusan mendadak atau berpunca daripada tekanan tarif, sebaliknya berdasarkan keperluan menggantikan pesawat Boeing 737-800 yang telah beroperasi secara purata selama 14 tahun.

Penggantian tersebut penting demi menjamin keselamatan dan kelangsungan operasi MAG.

“Pada tahun 2016, MAG telah membuat tempahan awal sebanyak 25 pesawat Boeing 737-8 MAX. Sejak November 2023, sebanyak 13 buah telah diterima, manakala selebihnya akan dihantar secara berperingkat sehingga tahun 2027,” katanya semasa sesi penerangan menteri mengenai rundingan perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, pada 20 Mac 2025, MAG telah memuktamadkan tempahan tambahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing 737 MAX, dengan penghantaran dijangka bermula pada tahun 2025 sehingga 2035.

Selain itu, terdapat 30 buah pesawat lagi yang masih dalam peringkat perancangan dan keputusan berkaitannya akan dibuat berdasarkan strategi serta pelan pertumbuhan masa depan syarikat.

“Nilai perolehan ini bukan sekadar meliputi harga pesawat semata-mata, malah turut merangkumi kos enjin, latihan, penyelenggaraan serta sokongan jangka panjang,” jelas beliau.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa keputusan tersebut memberi manfaat kepada industri aeroangkasa negara, memandangkan Boeing telah lama menjadi rakan utama sektor tersebut di Malaysia.

Antaranya melalui kehadiran syarikat Boeing Composites Malaysia (BCM) yang beroperasi di Kedah dan terlibat dalam rantaian bekalan global Boeing, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Beliau menambah bahawa syarikat tempatan seperti CTRM, UPECA, SME Aerospace, dan Plexus merupakan pembekal komponen penting kepada Boeing dan Airbus.

“Industri aeroangkasa Malaysia menyumbang sebanyak RM25.1 bilion pada tahun 2024 dan menyokong kira-kira 30,000 pekerjaan di seluruh negara,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, sektor pelancongan negara turut menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan dan telah melepasi paras sebelum pandemik.

“Boeing sendiri menjangkakan pertumbuhan trafik penumpang global pada kadar 4.7 peratus setahun bagi tempoh 20 tahun akan datang,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, pelaburan strategik MAG dalam perolehan pesawat baharu ini membolehkan Malaysia memanfaatkan potensi pertumbuhan industri pelancongan dan aeroangkasa secara bersepadu.

Related Posts

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

KUALA LUMPUR – Pertukaran istilah Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan UMNO dilihat boleh mencetuskan persoalan terhadap sejauh mana persetujuan asal pembentukan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya