PMX gesa rakyat nilai rekod pentadbiran berdasarkan fakta

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar menilai sendiri keikhlasan pemimpin dengan melihat tindakan semasa mereka berkuasa, bukannya selepas hilang jawatan.

Anwar berkata, pihak tertentu yang hanya lantang bersuara selepas tidak lagi memegang kuasa, sebaliknya gagal menunaikan tanggungjawab sewaktu mentadbir negara.

“Jangan umpamanya setelah jatuh, setelah tidak lagi berkuasa, setelah bersara atau setelah kalah, berleter berpanjang-panjang. 

“Marah sana, marah sini, bebal sana bebal sini. Masa kamu kuasa, masa itu harus buat,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata rakyat perlu membuat pilihan berdasarkan fakta dan pencapaian, bukannya terpengaruh dengan rekayasa, fitnah atau maki hamun yang dimainkan pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Orang yang dengar ini harus berfikir. Tengok orang yang bicara itu, dia bicara dari hati atau kemarahan atau gila kuasa. 

“Kalau dia bicara soal fakta kita dengar dan kita nilai. Baru boleh selamatkan negara ini,” katanya.

Mengulas peruntukan pembangunan di Sabah, jelas Anwar, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan jumlah peruntukan secara signifikan berbanding pentadbiran sebelum ini.

“Dari 2021 masa mereka berkuasa, berbanding ketimbang 2025, kita naikkan peruntukan bagi Sabah itu mencecah RM16 bilion ringgit. 

“Pemberian khas pada tahun 2022 semasa mereka berkuasa… berapa mereka beri kepada Sabah? RM125.6 juta.

“Kita ada kuasa sekarang, berapa kita tambah? RM600 juta ringgit,” katanya.

Related Posts

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi