Kepelbagaian bukan kelemahan, tapi kekuatan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Sabah bukan satu kelemahan, sebaliknya kekuatan utama yang membentuk perpaduan kukuh di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Menurutnya, perpaduan dalam kepelbagaian merupakan aset penting yang wajib dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Negeri kita kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama, ini bukan kelemahan tetapi kekuatan yang menjadikan Sabah sebuah negeri yang unik.

“Perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita wajar disanjungi agar semangat ini diteruskan dan diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di Magellan Sutera Harbour Resort, pada Jumaat.

Hajiji turut mengajak seluruh rakyat untuk menjadikan sekolah, pejabat, premis perniagaan, rumah ibadat dan ruang digital sebagai medan menyemai semangat perpaduan bukan perpecahan.

“Setiap usaha yang dilakukan mengingatkan rakyat Sabah tentang tanggungjawab memelihara perpaduan dan saya menyeru agar kita mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat di setiap di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera pada hari ini bukan sekadar satu acara, tetapi marilah kita raikan dengan semangat patriotisme yang membara.

“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.Kemerdekaan bukan hanya sekadar bebas daripada penjajahan tetapi juga bebas daripada belenggu kemiskinan dan perpecahan.

“Kemerdekaan adalah anugerah yang perlu kita hargai dan pertahankan,” ujarnya.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bendera kepada jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025.

Related Posts

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM