RMK13: Tiga aspek utama tatakelola diberi perhatian

PUTRAJAYA – Kerajaan menumpukan tiga aspek utama bagi penambahbaikan tadbir urus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), termasuk menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.

Perdana Menteri berkata, integriti dan akauntabiliti perlu dibudayakan secara menyeluruh – bukan hanya dalam kalangan penjawat awam atau agensi penguat kuasa – malah semua sektor termasuk swasta, badan berkanun, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pertubuhan masyarakat.

“Justeru, Kerajaan MADANI komited memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran.

“Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia yang membelenggu rakyat dan komuniti perniagaan,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

RMK13 adalah hala tuju strategik yang bakal memacu rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Anwar menjelaskan, demokrasi matang serta pentadbiran responsif dan cakna rakyat adalah sendi untuk meraih kepercayaan terhadap kepimpinan dan institusi kerajaan.

“Usaha memperkukuh pentadbiran berteraskan integriti dan akauntabiliti mula menunjukkan hasil.

“Imej Malaysia diperkukuh apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.

“Pencapaian ini didukung pelbagai inisiatif, termasuk pewartaan akta baharu Iltizam, penubuhan Pasukan Petugas Khas seperti STAR, serta Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam,” katanya.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014