RMK13: Kerajaan sasar bina sejuta rumah mampu milik

SEJUTA rumah mampu milik akan dibina bermula tahun depan hingga 2035.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berkata, kerajaan mahu seramai mungkin rakyat mendiami rumah selesa dan selamat di bawah lima program.

Inisiatif berkenaan merangkumi program Residensi MADANI; perumahan penjawat awam; bantuan bina baharu rumah; dan perumahan mampu milik di bawah kerajaan negeri dan pemaju swasta.

“Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri,” katanya di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berkata, peralihan kepada teknologi seperti ‘Industrialised Building System’ dan ‘Building Integrated Management’ akan membantu mempercepatkan pelaksanaan dan mengurangkan kos bina rumah, termasuk perumahan awam.

Related Posts

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

PUTRAJAYA – Keputusan Tabung Haji (TH) meneruskan proses pembelian Putrajaya Perdana Bhd  pada 2014 dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Jho Low membuktikan wujudnya keraguan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh