RM611 bilion untuk RMK13

SEBANYAK RM611 bilion diperuntukkan secara keseluruhan untuk menjayakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan RM430 bilion membabitkan dana kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, RM120 bilion dibiayai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) manakala RM61 bilion menerusi kaedah perkongsian awam swasta (PPP).

Dalam membentangkan RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’, Anwar berkata, RM227 bilion diperuntuk kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sektor sosial turut diutamakan dengan peruntukan RM133 bilion yang meliputi RM67 bilion bagi pendidikan manakala RM40 bilion untuk kesihatan.

“Sektor keselamatan pula diperuntuk RM51 bilion manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion.

“Agihan strategik ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, ikhtiar itu diyakini bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi menjelang 2030 tetapi mempunyai rakyat berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh.

“RMK13 harus menjadi milik semua – setiap individu, masyarakat, sektor swasta dan kerajaan berganding bahu dan teguh bergerak di landasan pembangunan yang dihasratkan demi mengangkat darjat, harkat dan martabat rakyat,” katanya.

Related Posts

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian subsidi diesel melalui penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara bagi mengurangkan beban kos operasi sektor itu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil. Menteri Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban