Tiada lagi perkataan ‘Islam’ pada Sisters in Islam

PERKATAAN ‘Islam’ yang digunakan oleh kumpulan hak wanita, Sisters in Islam telah digugurkan selari nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Eksekutifnya, Rozana Isa berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa pada 11 Julai lalu dan kini akan menggunakan nama berdaftarnya, SIS Forum (Malaysia).

“Walaupun kami menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama pena kami, kami tetap teguh dalam komitmen memperjuang kesaksamaan jantina dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam.

“Akhirnya, yang paling penting adalah usaha kami untuk wanita Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dipetik FMT.

Sebelum ini, Sultan Selangor menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa bertarikh 31 Julai 2014 yang tidak terpakai kepada SIS Forum Malaysia serta pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan ‘Islam’ dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

Sehubungan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, baginda Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Selangor menggesa SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka.

“Ia supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Rozana berharap keputusan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa itu akan menamatkan pertikaian yang lama berlarutan berkaitan nama kumpulan itu dan membolehkannya terus bekerjasama ‘dengan semua pihak secara berhemah’.

Beliau berkata, SIS Forum (Malaysia) akan terus bekerjasama dengan sarjana, pemimpin komuniti dan institusi bagi memastikan tiada wanita yang tercicir dalam usaha menuntut keadilan.

“Wanita itu setara di sisi Tuhan. Maka, sewajarnya mereka juga dilihat dan dilayan sebagai setara di sisi manusia,” katanya

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar