WHO hantar 10 trak bantuan perubatan ke Gaza

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar 10 trak bantuan mengandungi bekalan perubatan penting ke Gaza, ketika keperluan kesihatan di wilayah itu terus meningkat akibat serangan berterusan.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam hantaran di platform X pada Rabu memaklumkan bahawa trak berkenaan digerakkan dari Al-Arish, Mesir ke lintasan Kerem Shalom untuk dihantar ke Gaza.

“WHO telah memindahkan 10 trak dari Al-Arish ke lintasan Kerem Shalom, membawa ubat-ubatan penting, bekalan makmal dan peralatan pengujian air,” katanya, lapor Anadolu.

Menurut beliau, tambahan dua trak bekalan perubatan serta 12 palet produk darah dijangka tiba pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang akan disalurkan meningkat.

Katanya, kesemua bantuan WHO akan disalurkan bersama tiga trak tambahan milik rakan kerjasama kesihatan lain.

“Keperluan kesihatan di Gaza amat besar. Aliran bekalan perubatan yang berterusan amat penting,” tegas beliau.

Dr. Tedros turut memperbaharui gesaan agar akses kemanusiaan diberikan tanpa halangan serta desakan untuk menghentikan permusuhan di Gaza.

“Kami terus menyeru agar akses kemanusiaan yang selamat, berterusan dan tanpa sekatan diberikan bagi membolehkan bantuan perubatan masuk ke Gaza dan diedarkan secara menyeluruh. Gencatan senjata juga perlu dilaksanakan,” katanya lagi.

Israel telah mengenakan sekatan terhadap Gaza sejak 18 tahun lalu dan menutup semua lintasan sempadan sejak 2 Mac lalu, menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dan memburukkan lagi keadaan di wilayah berkenaan.

Serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin. Pengeboman tanpa henti itu turut memusnahkan infrastruktur dan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan yang serius.

Sehingga kini, seramai 154 orang, termasuk 89 kanak-kanak, disahkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan sejak Oktober 2023.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik