Program MM2H jana RM839.9 juta terhadap ekonomi negara

KUALA LUMPUR – Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah memberi sumbangan ketara kepada hasil negara dan ekonomi, dengan menjana sejumlah RM839.9 juta.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, daripada jumlah itu, RM597.5 juta merangkumi dalam bentuk pelaburan deposit tetap, RM237.2 juta dalam pelaburan hartanah dan RM5.2 juta daripada yuran penyertaan.

“Limpahan ekonomi hasil pelaksanaan dasar baharu MM2H ini turut memberi manfaat kepada sektor lain seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan insurans.

“Angka ini bukan sahaja mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan, malah menunjukkan keyakinan peserta terhadap kestabilan ekonomi dan prospek jangka panjang negara,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (PN) Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang meminta penjelasan mengenai status semasa program MM2H dan sejauh mana perubahan syarat kelayakan di bawah pakej terkini berjaya meningkatkan hasil negara serta memberi manfaat ekonomi.

Dalam pada itu, King Sing berkata, kementerian telah menerima sebanyak 3,019 permohonan di bawah syarat baharu yang diumumkan bermula Oktober 2024 hingga Jun tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 48 permohonan dikemukakan di bawah kategori Platinum, 137 kategori Emas, 2,434 kategori Perak, dan 400 permohonan di bawah Zon Ekonomi Khas atau Zon Kewangan Khas.

“Setakat ini, sebanyak 1,294 permohonan telah menerima pengesahan pas MM2H, merangkumi 19 peserta kategori Platinum, 61 kategori Emas, 1,020 kategori Perak, dan 194 daripada kategori Zon Ekonomi/Kewangan Khas,” katanya.

Garis panduan baharu MM2H yang diumumkan pada Jun tahun lalu menyaksikan syarat kewangan yang lebih rendah dikenakan kepada pemohon, namun menetapkan peraturan baharu berkaitan hartanah.

Pemohon kini diwajibkan membeli hartanah di Malaysia bernilai antara RM600,000 hingga RM2 juta, bergantung kepada kategori visa yang dimohon.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok