Kempen derma darah meriahkan Minggu STEM SRI Al-Amin Kemaman

KEMAMAN – Suasana di Dewan Utama Syeikh Ahmad Yassin, Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kemaman semalam menjadi lebih meriah apabila satu Kempen Derma Darah dianjurkan sempena Minggu STEM sekolah tersebut.

Program hasil kerjasama antara pihak sekolah dan Unit Transfusi Darah, Hospital Kemaman itu berlangsung dengan tema “Setitis Darah, Sejuta Harapan” sebagai usaha menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kepentingan menderma darah.

Menurut Guru Besar SRI Al-Amin, Fatin Nuwairah Bahari, kempen ini bertujuan menggalakkan penyertaan ibu bapa, guru dan komuniti setempat dalam usaha menyokong keperluan darah di hospital, khususnya Hospital Kemaman.

“Walaupun murid-murid belum layak untuk menderma kerana masih di bawah umur, mereka hadir memberikan sokongan moral kepada ibu bapa dan warga sekolah yang tampil menderma,” katanya ketika ditemui di lokasi program.

Tambah beliau, para penderma turut dihargai dengan pemberian makanan ringan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan pihak sekolah.

Kempen ini turut disifatkan sebagai lambang semangat prihatin dan kasih sayang sesama insan, selain menyuntik kesedaran awal kepada generasi muda tentang pentingnya sumbangan darah dalam menyelamatkan nyawa.

Program derma darah ini merupakan salah satu pengisian sepanjang Minggu STEM yang berlangsung selama lima hari bermula Ahad hingga Khamis, dan dianggarkan lebih 50 peserta terlibat dalam aktiviti tersebut.

Suasana di dewan dipenuhi semangat tolong-menolong, sekali gus membuktikan bahawa setiap individu mampu menyumbang kepada masyarakat — sama ada melalui tindakan atau kesedaran yang disebarkan.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang